Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

ASEAN berhemah hadapi perubahan dasar perdagangan AS

2025-05-26 IDOPRESS

Foto RTM

KUALA LUMPUR,25 Mei- ASEAN telah mengambil langkah berhemah dalam menghadapi perubahan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS),termasuk pelaksanaan dasar tarif balas,tanpa mengambil pendekatan konfrontasi,kata Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata ASEAN memilih untuk terus berdialog dan mengukuhkan kerjasama dengan rakan ekonomi utama,termasuk AS,berbanding mengambil langkah balas yang boleh memburukkan keadaan.

"ASEAN telah bertindak secara bijak dan tidak terburu-buru. Kami tidak mengambil tindakan balas,sebaliknya memilih komunikasi terbuka sebagai asas kepada hubungan yang seimbang dan mampan,” katanya.

Tengku Datuk Seri Zafrul berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-25 di sini hari ini.

Tengku Datuk Seri Zafrul turut memaklumkan bahawa dasar baharu pentadbiran AS seperti pemindahan rantaian bekalan ke negara-negara sahabat,penyahgandingan strategik,dan penguatkuasaan perdagangan yang lebih ketat memerlukan ASEAN untuk menyesuaikan diri secara kolektif dan bertindak secara strategik.

Dalam pada itu,beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua menteri dan delegasi atas sokongan berterusan dalam siri konsultasi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) bersama rakan dialog termasuk China,Jepun,Australia dan New Zealand yang berlangsung sebelum ini.

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 katanya,akan terus berusaha untuk memastikan perbincangan strategik bersama rakan ekonomi berlangsung pada masa yang sesuai,dengan penekanan turut diberi kepada usaha memperkukuh perdagangan intra-ASEAN bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pihak luar.

Mesyuarat AECC kali ini dijangka berlangsung secara padat dengan 11 agenda dibincangkan dalam tempoh separuh hari,melibatkan kemas kini inisiatif-inisiatif Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) serta cadangan yang akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Penyelaras ASEAN (ACC) dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Tengku Datuk Seri Zafrul turut menegaskan nilai-nilai asas ASEAN seperti keamanan,kestabilan,dan saling menghormati perlu terus menjadi panduan utama rantau ini dalam berdepan cabaran ekonomi global.

"Persekitaran ekonomi hari ini bukan isyarat untuk berundur,sebaliknya memerlukan iltizam baharu," katanya sambil menyeru semua pihak hadir untuk mendekati mesyuarat dengan semangat kerjasama dan pemikiran terbuka.

Dalam ucapannya juga,beliau mengalu-alukan kehadiran Timor-Leste dalam mesyuarat berkenaan selaras dengan Garis Panduan Disemak oleh Majlis Penyelaras ASEAN ke-35,yang membolehkan negara itu menyertai perbincangan AECC.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap