Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

2025-05-23 HaiPress

Foto fail

KUALA LUMPUR,23 Mei - Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah di tengah-tengah data ekonomi yang bercampur-campur,kata penganalisis.

Pada 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.2575/2860 berbanding dolar AS daripada paras 4.2705/2765,semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY kekal di bawah paras 100 mata ketika data ekonomi bercampur-campur.

"Tuntutan pengangguran awal (di AS) adalah lebih rendah daripada jangkaan minggu lepas iaitu 227,000 berbanding anggaran konsensus sebanyak 230,000.

"Ini menunjukkan pasaran pekerja masih berdaya tahan walaupun bilangan penganggur yang terus menerima faedah pengangguran telah meningkat kepada 1.90 juta berbanding 1.87 juta sebelum ini," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata pada masa sama,Indeks Pengurus Pembelian AS bagi industri pembuatan menunjukkan peningkatan ketara kepada 52.3 mata pada Mei daripada 50.2 mata pada April dengan peningkatan signifikan pesanan baharu menjadi pendorong utama.

Menurutnya,jika tidak,komponen subindeks seperti penggajian adalah suram ketika inventori perniagaan dipertingkat berikutan kebimbangan tarif lebih tinggi di masa depan selain purata harga lebih tinggi yang dikenakan ke atas pelanggan,” katanya.

Selain itu,katanya,Dewan Perwakilan AS telah meluluskan rang undang-undang dikenali sebagai “One Big Beautiful Bill Act” yang antara lainnya akan melanjutkan pengurangan cukai 2017,pengurangan baharu ke atas tip dan menaikkan had Cukai Negeri dan Tempatan (SALT,katanya.

"Defisit belanjawan berkemungkinan melonjak daripada 6.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) semasa. Ini akan memberi kesan kepada beban hutang kerajaan yang sudah mencapai 100 peratus daripada KDNK.

"Dolar AS juga berkemungkinan kekal lemah yang boleh menyaksikan mata wang pasaran sedang pesat membangun,termasuk ringgit akanmengukuh berbanding dolar AS," katanya.

Pada sesi awal,ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama dan serantau.

Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9591/9791 daripada 2.9768/9812 semalam,mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7131/7514 daripada 5.7212/7292 dan naik berbanding euro kepada 4.8029/8350 daripada 4.8218/8286.

Berbanding mata wang serantau,ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2943/3166 daripada 3.3061/3110 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9498/13.0484 daripada 13.0000/0254.

Ringgit juga naik berbanding rupiah Indonesia kepada 260.7/262.6 daripada 261.5/262.0 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.71 daripada 7.68/7.69. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap