Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Tiga masjid utama JAKIM adakan solat hajat, doa Qunut Nazilah untuk Palestin

2025-05-23 HaiPress

Foto fail/REUTERS

PUTRAJAYA,23 Mei - Tiga masjid utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara,Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa kepada rakyat Palestin.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menyeru rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza yang terus dilanda situasi tragik.

“(Rakyat Palestin) saban hari dizalimi serta diserang dengan kejam tanpa sedikit pun rasa perikemanusiaan oleh rejim Zionis Israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata JAKIM konsisten dalam menyokong pendirian Kerajaan MADANI yang tegas membela kedaulatan negara umat Islam,khususnya Palestin serta terus membantu rakyatnya dalam pelbagai bentuk dan cara.

“Adalah diseru agar umat Islam bersatu hati memohon pertolongan Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana serta pembebasan bumi al-Quds. Semoga dengan usaha sekecil ini akan dipandang tinggi di sisi Allah SWT,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap