Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Segmen pertahanan siber warnai LIMA akan datang

2025-05-23 HaiPress

MINDEF sedia rangka LIMA baharu,fokus siber dan teknologi satelit.

LANGKAWI,23 Mei –Kementerian Pertahanan mula merangka perancangan awal bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) akan datang,meskipun edisi 2025 masih berlangsung.

Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari berkata antara fokus utama ialah memperkenalkan segmen baharu berkaitan pertahanan siber,sejajar perkembangan ancaman keselamatan digital masa kini.

“Kalau kita lihat,LIMA ada banyak segmen yang dapat kita tingkatkan. Sebagai contoh,saya fikir pada masa hadapan orang nak lihat kemampuan industri siber dalam LIMA. Saya fikir dua tahun lagi akan ada perkembangan,pertahanan siber akan lebih berkembang,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama RTM.

Menurutnya lagi,teknologi satelit turut diberi tumpuan dengan pameran yang lebih menyeluruh bakal dirancang bagi penganjuran seterusnya.

Dalam masa sama,kementerian juga merancang memperkukuh penglibatan golongan belia dalam acara dwitahunan itu.

Adly memaklumkan,perbincangan awal bersama Menteri Belia dan Sukan,Hannah Yeoh telah diadakan bagi memperkenalkan elemen e-sukan dalam LIMA,selain mengetengahkan bakat tempatan di peringkat antarabangsa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap