Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

WITEX & WCAF 2025 sasar 15,000 pengunjung

2025-05-21 IDOPRESS

Datuk Seri Dr. Mohd Khalid Harun

PETALING JAYA,20 Mei- Ekspo Pelancongan & Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) dan Festival Seni & Budaya Dunia (WCAF) 2025 pada 22 hingga 24 Ogos depan disasarkan akan dihadiri 15,000 pengunjung.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Datuk Seri Dr. Mohd Khalid Harun berkata,WITEX 2025 akan menyediakan lebih 150 reruai pameran dari negara Islam dan bukan Islam.

Ia termasuk negara ASEAN,anggota BRICS serta industri pelancongan antarabangsa seperti Sepanyol,Rusia,Maldives,Vietnam,Filipina,Cambodia,Tajikistan,Uzbekistan,dan Timor Leste.

"Ini satu petanda positif kerana negara-negara terlibat mengakui bahawa pelancongan Islam boleh memberi faedah kepada negara masing-masing yang juga menekankan adalah pelancongan mesra Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Prapelancaran WITEX & WCAF 2025 di sini.

Penganjuran ekspo itu turut mendapat kerjasama Majlis Pelancongan Islam Sedunia (WITC),Pertubuhan Pelancongan Islam Global (GITO),Persekutuan Umrah & Haji ASEAN (AFUH),dan BRICS Tourism Alliance (BTA).

Selain pameran,WITEX 2025 turut menganjurkan Persidangan Kepimpinan Pemikiran dalam Pelancongan Islam dan Anugerah Pelancongan Islam Sedunia 2025 pada 25 Ogos.

Sementara itu WCAF 2025 pula akan menjadi ruang kepada pameran kekayaan budaya dunia melalui persembahan,pameran seni,bengkel,pameran kulinari dan kraf tradisional.

Ia bertemakan "Memperkasakan Masa Depan Pelancongan dan Perdagangan Islam melalui Budaya dan Inovasi" sekali gus menjadi platform kepada pemimpin kerajaan,pemain industri pelancongan,pelabur dan masyarakat untuk meningkatkan produk pelancongan Islam dan pertukaran silang budaya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap