Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

38 kontena sisa plastik tercemar diarah hantar ke negara asal

2025-05-15 IDOPRESS

Sisa plastik tercemar di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT)

BUTTERWORTH,15 Mei- 38 buah kontena mengandungi sisa plastik tercemar di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT),diarahkan untuk dihantar semula ke negara asal.

Pengarah JAS Pulau Pinang Norazizi Adinan dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 39 buah kontena masuk ke NBCT,semalam.

"Kesemua kontena terbabit mengikrar dagangan mereka sebagai kepingan plastik dipercayai berisi sisa elektrik dan elektronik atau e-sisa,serta skrap plastik.

"Pemeriksaan lanjut mendapati 38 daripada 39 kontena terbabit mengandungi campuran sisa plastik tercemar iaitu sampah," menurut kenyataan itu.

Tindakan Notis Arahan dibuat bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37,Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pemeriksaan terbabit turut mendapat kerjasamaJabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

JAS turut memaklumkan bahawa 65 daripada 70 kontena telah diarah untuk dihantar pulang ke negara asal pada tahun ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap