Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

KPDN Kedah bongkar kegiatan simpan diesel tanpa permit sah

2025-05-13 HaiPress

KPDN Kedah embongkar kegiatan penyimpanan minyak diesel tanpa lesen atau permit yang sah di sebuah bengkel besi buruk dan pembaikan jentera berat hasil serbuan di sekitar Mergong,Alor Setar

ALOR SETAR,13 Mei- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah membongkar kegiatan penyimpanan minyak diesel tanpa lesen atau permit yang sah di sebuah bengkel besi buruk dan pembaikan jentera berat hasil serbuandi sekitar Mergong di sini semalam.

Pengarah KPDN dan Kos Sara Hidup Kedah Muhammad Nizam Jamaludin dalam satu kenyataan memaklumkan,operari kira-kira pukul 8.30 pagi itu mendapati seorang lelaki tempatan berumur 60-an berada di premis tersebut dan mengaku sebagai pemilik tempat kejadian.

Katanya pemeriksaan lanjut telah menemukan sejumlah minyak diesel yang disimpan di dalam premis tanpa lesen atau permit sah.

"Sejumlah 2,500 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM7,200 dan peralatan untuk memindahkan barang kawalan tersebut disita.

"Minyak diesel terbabit didapati diletakkan di dalam 13 tong drum berkapasiti 200 liter setiap unit," menurut kenyataan itu.

Jumlah sitaan dianggarkan bernilai RM7,790 ringgit dan kes disiasat bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap