2025-05-09 HaiPress
Datuk Seri Anwar mengucapkan tahniah atas pemilihan Paus Leo XIV sebagai ketua baharu Gereja Roman Katolik
KUALA LUMPUR,9 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada penganut Katolik di seluruh dunia,khususnya di Malaysia,susulan pemilihan Paus Leo XIV sebagai ketua baharu Gereja Roman Katolik.
Datuk Seri Anwar menyifatkan detik itu sebagai bersejarah selain percaya pemilihan tersebut akan membuka lembaran baharu kepada komuniti Katolik global.
"Saya yakin ia (pelantikan Paus Leo) akan memberi semangat dan inspirasi yang baharu.
“Malaysia menghargai hubungan baik dengan Holy See,dan kami berharap dapat meneruskan kerjasama yang berteraskan saling menghormati,dialog,serta komitmen bersama terhadap keamanan dan maruah insan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Paus Leo XIV dipilih sebagai ketua baharu Gereja Roman Katolik bagi menggantikan mendiang Paus Francis yang meninggal dunia baru-baru ini.
Pemilihan Paus Leo XIV menandakan permulaan era baharu bagi Gereja Katolik yang diikuti oleh lebih daripada 1.3 bilion penganut di seluruh dunia.
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09