2025-05-09 HaiPress
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 Mei- Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan kesepakatan rasmi untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,hasil mesyuarat kepimpinan tertinggi pada 8 Mei 2025.
Sekretariat Kerajaan Perpaduan memaklumkan bahawa rundingan antara Pengerusi PH,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencapai kata sepakat untuk membentuk kerjasama strategik dalam PRN Sabah.
"Kerjasama itu merangkumi aspek pengagihan kerusi serta perbincangan bersama parti-parti lain di peringkat negeri.
"Segala keputusan muktamad akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan di peringkat kebangsaan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan tersebut turut ditandatangani oleh Setiausaha Agung PH,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan,Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09