2025-05-09 HaiPress
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr. Zulkifli Hasan (tengah)
PUTRAJAYA,9 Mei- Solat hajat dan bacaan surah Yasin yang diadakan serentak di seluruh negara menghimpunkan ribuan jemaah bersatu dalam memohon doa perlindungan dan kemenangan buat saudara seagama di tanah bergolak.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr. Zulkifli Hasan,program tersebut mencerminkan solidariti rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan Lubnan.
Terdahulu,Dr. Zulkifli menghadiri program berkenaan di Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya,malam tadi.
"Sebenarnya,program ini kita telah lakukan sejak daripada awal tahun lagi. Ini merupakan siri yang ke-10 untuk bacaan Yasin dan solat hajat ini."
"Matlamat pertama kita laksanakan program ini untuk mewujudkan kesedaran dalam masyarakat tentang apa yang berlaku di Palestin. Kedua,untuk memupuk perpaduan dan kesatuan hati umat Islam untuk mengingati solidariti saudara kita di Palestin," kata Dr. Zulkifli kepada pemberita,pada Khamis.
Beliau turut menekankan pentingnya umat Islam terus istiqamah dalam ibadah berjemaah dan mendoakan kebaikan buat seluruh umat.
Turut serta,penyanyi dan aktivis,Faizal Tahir menyeru umat Islam agar memperkasa ilmu dan ekonomi sebagai sebahagian daripada jihad moden.
Solat hajat serentak itu turut dianjurkan di masjid dan surau seluruh negara termasuk di Sabah,Sarawak,Johor,Melaka dan ibu negara,dengan kerjasama pelbagai NGO Islam dan belia termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM),Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),Geng Surau Putrajaya dan Global Peace Mission (GPM).
Program tersebut diharap terus menjadi medan menyatukan ummah dalam perjuangan spiritual menyokong bumi Palestin.
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09
05-09