Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

2025-04-24 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,24 April- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjejaki peningkatan dalam indeks dolar US (DXY) susulan pasaran bertindak balas terhadap petunjuk bahawa Presiden AS,Donald Trump mungkin akan mengubah pendirian mengenai dasar tarif.

Pada pukul 8.00 pagi,mata wang tempatan turun kepada 4.3970/4100 berbanding dolar US daripada 4.3880/3925 ketika ditutup pada Rabu.

DXY melonjak 0.95 peratus kepada 99.857 mata,manakala hasil Perbendaharaan AS dua tahun naik lima mata asas kepada 3.87 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran dilihat reda kerana pentadbiran Trump memberi isyarat ia mungkin menurunkan tarif ke atas import China.

Beliau berkata langkah itu adalah usaha untuk membawa China kembali ke meja rundingan,walaupun ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan terus meningkat.

"Sehubungan itu,dolar-ringgit US mungkin diniagakan dalam lingkungan RM4.39 hingga RM4.40 hari ini," katanya.

Di peringkat tempatan,ringgit didagangkan tinggi berbandin mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0701/0796 daripada 3.0925/0959 ketika ditutup pada Rabu,menambah berbanding pound Britain kepada 5.8317/8490 daripada 5.8457/8517 dan melonjak berbanding euro kepada 4.9805/9952 daripada 5.0102/0154.

Sementara itu,mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3478/3515 daripada 3.3523/3579,naik berbanding baht Thailand kepada 13.0922/1403 daripada 13.1251/1457.

Bagaimanapun,ia turun berbanding peso Filipina kepada 7.77/7.80 daripada 7.75/7.77 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 260.5/261.5 daripada 260.0/260.5.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap