Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga 9.00 pagi ini

2025-04-23 IDOPRESS

Foto hiasan

PETALING JAYA,23 April- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri di Semenanjung sehingga 9.00 pagi ini.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan negeri Perlis,Kedah (Langkawi,Kubang Pasu,Kota Setar,Yan,Kuala Muda,Sik,Baling,Kulim dan Bandar Baharu),Pulau Pinang,Perak (Kerian,Larut,Matang Dan Selama,Bagan Datuk,Hilir Perak,Batang Padang dan Muallim) serta Terengganu (Kemaman).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di NegeriPahang (Raub,Bentong,Kuantan dan Pekan),Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Putrajaya,Negeri Sembilan,Melaka dan Johor (Tangkak,Segamat,Muar,Batu Pahat,Kluang,Pontian,Kulai,Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Selain itu,keadaan cuaca sama dijangka melanda Sarawak melibatkan Sibu (Sibu dan Selangau),Mukah (Matu,Dalat dan Mukah),Bintulu dan Miri (Subis).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap