Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Bursa Malaysia KLCI susut walaupun catat kenaikan pada awal dagangan

2025-04-22 IDOPRESS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,21 April- Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya susut berikutan sentimen pasaran menjadi berhati-hati.

Pada 9.19 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.40 mata kepada 1,498.0 daripada 1,499.40 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran sebelum ini dibuka tinggi 2.68 mata kepada 1,502.08.

Pasaran secara keseluruhannya negatif sedikit,dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 206 berbanding 154. Sejumlah 264 saham tidak berubah,1,801 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung.

Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat perang perdagangan yang berterusan boleh menjejaskan pertumbuhan global apabila perniagaan mengambil pendekatan tunggu dan lihat,berpotensi menangguhkan pelan pengembangan dan menyebabkan aktiviti ekonomi lembap.

Katanya ini boleh menyumbang kepada kelembapan ekonomi global dengan potensi kenaikan untuk saham perbankan yang dijangka terhad.

“Bagaimanapun,kami menyokong sektor pelancongan,perladangan dan pembinaan yang dijangka mendapat manfaat daripada 31 memorandum persefahaman yang dimeterai semasa lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Hong Leong Bank naik 14 sen kepada RM19.98,MISC menambah satu sen kepada RM7.21,SD Guthrie meningkat empat sen kepada RM4.64,Public Bank dan IHH Healthcare,masing-masing mendatar pada RM4.39 dan RM6.89 manakala Maybank merosot dua sen kepada RM10,TNB berkurangan enam sen kepada RM13.44 dan CIMB susut tiga sen kepada RM6.85.

Daripada saham aktif,ECA Integrated naik setengah sen kepada 18 sen,NexG meningkat satu sen kepada 33 sen,One Glove dan Peter Labs,masing-masing menambah 1.5 sen kepada 22 sen dan 26.5 sen,Ingenieur Gudang dan Jiankun,masing-masing mendatar pada empat sen dan tiga sen manakala Tanco berkurangan tiga sen kepada 86 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas merosot 17.35 mata kepada 11,104.15,Indeks FBMT 100 berkurangan 16.99 mata kepada 10,887.74,Indeks FBM Emas Shariah susut 13.55 mata kepada 10,896.58 dan Indeks FBM 70 jatuh 51.75 mata kepada 15,561.88.

Sementara itu,Indeks FBM ACE naik 22.23 mata kepada 4,597.61.

Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 7.36 mata kepada 18,026.16,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.30 mata kepada 144.78,Indeks Tenaga susut 3.14 mata kepada 662.73 dan Indeks Perladangan menambah 23.56 mata kepada 7,249.94.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap