Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

CIMB peruntuk RM10 bilion sokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

2025-04-22 IDOPRESS

CIMB Group Holdings memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menerusi penyediaan kemudahan pembiayaan bernilai RM10 bilion / Foto Hiasan/ Fail

KUALA LUMPUR,21 April – CIMB Group Holdings memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menerusi penyediaan kemudahan pembiayaan bernilai RM10 bilion,sebagai usaha merangsang integrasi ekonomi dua hala dan memperluas peluang pelaburan rentas sempadan.

Menerusi kenyataan,CIMB turut mengumumkan pelancaran Pasport Kewangan ASEAN,sejajar dengan usaha memperkukuh perbankan serantau,selaras dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB,Datuk Novan Amirudin berkata inisiatif berkenaan bertujuan memudahkan urusan perbankan rentas sempadan meliputi khidmat nasihat,pembukaan akaun serta pakej pembiayaan yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan serantau.

Bagi menyokong pelaksanaan tersebut,CIMB menugaskan seramai 30 pakar kewangan bagi membimbing pelanggan dari negara seperti Indonesia,Thailand dan China.

Selain itu,enam cawangan khusus telah diwujudkan di Johor untuk menyokong keperluan operasi JS-SEZ,dengan perancangan pembukaan cawangan baharu berhampiran laluan sistem Transit Aliran Pantas (RTS) turut dalam perancangan.

CIMB juga memperluas penawaran penyelesaian perbankan kepada pelanggan perniagaan melalui inisiatif seperti SMEBizReady,GreenBizReady dan HalalBizReady,serta peningkatan perkhidmatan pemindahan wang rentas sempadan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap