2025-04-15 IDOPRESS
Perdana Menteri pengerusi Mesyuarat NGCC,Tengku Zafrul umum tiga strategi hadapi isu tarif balas Amerika Syarikat/Foto Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR,14 April - Kerajaan menetapkan tiga keutamaan utama sebagai tunjang strategi dalam menghadapi cabaran perdagangan global susulan isu tarif balas yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap eksport negara.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,tiga komponen tersebut iaitu Reformasi,Libat urus dan Mempelbagaikan dalam memastikan kepentingan perdagangan dan pelaburan negara terus terpelihara.
“Kita akan terus melaksanakan sesi libat urus dengan kerajaan Amerika Syarikat di setiap peringkat dalam tempoh terdekat.
"Sesi libat urus juga akan diadakan bersama pihak industri dan kementerian serta agensi berkaitan di dalam negara,” katanya pada sidang media Perkembangan Terkini berkenaan isu tarif di Menara MITI,di sini hari ini.
Tambah beliau,selain sesi rundingan berterusan (Engage),kerajaan turut mempergiat usaha mempelbagaikan (Diversify) pasaran menerusi perbincangan proaktif bersama blok-blok ekonomi,negara-negara serta pasaran baharu.
“Langkah ketiga pula ialah mempercepatkan reformasi ekonomi (Reform) seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Rangka Kerja Peralihan Tenaga Negara (NETR) bagi memperkukuh kapasiti rantaian bekalan domestik dan meningkatkan daya tahan pengeksport negara,” ujarnya.
Pada 9 April,AS telah mengenakan tarif balas sebanyak 24 peratuske atas produk eksport Malaysia.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada dasar perdagangan baharu yang diperkenalkan oleh Presiden AS,Donald Trump,bertujuan untuk menangani ketidakseimbangan perdagangan dan melindungi industri domestik negara itu.
Tengku Zafrul: Malaysia fokus rundingan,tidak kenakan tarif timbal balas
Isu tarif: Tengku Zafrul akan ketuai delegasi Malaysia ke Washington
Tarif AS dijangka beri impak langsung KDNK negara- Tengku Zafrul
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15