Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

'Pemergiannya sungguh mengejutkan,' luah adik Pak Lah

2025-04-15 IDOPRESS

Jenazah Allahyarham bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi,85,dibawa keluar dari Institut Jantung Negara untuk di bawa ke rumah beliau di ibu negara malam tadi/Foto BERNAMA

KEPALA BATAS,14 April – “Pemergiannya sungguh mengejutkan.”

Itu luahan adik kepada bekas Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi,Datuk Mohd Tahir Ahmad Badawi,susulan berita pemergian Allahyarham malam Isnin.

Menurutnya,pada awalnya beliau menyangka abang sulungnya itu hanya mendapatkan rawatan biasa di Institut Jantung Negara (IJN),seperti sebelum ini.

“Saya rasa sangat sedih bila dapat berita tadi daripada abang saya kata Pak Lah sudah tiada. Kami semua terkejut kerana sangka tiada apa-apa,sebab dia memang selalu masuk IJN. Tidak sangka serius macam ini,” katanya kepada RTM.

Sementara itu,penduduk di kawasan Parlimen Kepala Batas turut menzahirkan rasa sedih dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara dan masyarakat setempat.

Penduduk,Sulaiman Adam Shah berkata,jasa Allahyarham bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada rakyat Kepala Batas sepanjang menjadi Ahli Parlimen kawasan itu.

“Beliau sudah lama berkhidmat di sini. Kehilangan beliau memang dirasai,” katanya.

Seorang lagi penduduk,Mohd Salleh Abdul Rashid menyifatkan Abdullah Badawi sebagai pemimpin legenda yang mudah didekati rakyat dan dikenali dengan gelaran 'Mr Clean' kerana sifatnya yang bersih,telus dan berintegriti.

“Beliau seorang pemimpin yang sukar dicari ganti. Mudah didekati,mesra rakyat walaupun ada protokol tetapi tidak ketat,” ujarnya.

Sementara itu,Pengerusi Masjid Al-Jamiul Badawi,Datuk Shariful Azhar Othman turut berkongsi peribadi Allahyarham yang dikenali sebagai seorang yang sangat menjaga tutur kata dan tidak suka bercakap perkara tidak baik mengenai orang lain.

“Dia tak pernah mengumpat,tak pernah bercakap benda tak elok tentang orang lain. Satu sifat yang sangat saya kagumi,” katanya.

Terdahulu,Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam tadi di IJN.

Allahyarham dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas,Pulau Pinang.


Abdullah yangmerupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008,menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009,selepas peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap