Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Malaysia Pengerusi ASEAN 2025, Sarawak jadi nadi rundingan

2025-04-14 IDOPRESS

FOTO UKAS

KUCHING,14 April- Sarawak menjadi tuan rumah kepada 19 mesyuarat ASEAN yang telah dan akan berlangsung sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri,Datuk Seri Amran Mohamed Zin,setakat ini sebanyak tujuh mesyuarat telah diadakan,manakala 12 lagi akan menyusul membabitkan pelbagai peringkat termasuk Menteri,Pegawai Kanan dan Jawatankuasa Kerja.

Antara mesyuarat akan datang termasuk sesi anjuran Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya,dijadual berlangsung hujung bulan ini.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas sokongan padu dan bantuan menyeluruh dari segi logistik serta hospitaliti sepanjang penganjuran Mesyuarat ASEAN di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg,di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Kunjungan tersebut diadakan sempena lawatan kerja dua hari beliau ke negeri Sarawak.

Dalam pada itu,Kementerian Luar Negeri turut menyatakan komitmen berterusan untuk membantu segala urusan berkaitan lawatan rasmi Kerajaan Sarawak ke luar negara.

Ini termasuk lawatan oleh Yang di-Pertua Negeri,Premier Sarawak,para Menteri dan Pegawai Kanan negeri.

"Itu satu komitmen yang saya tegaskan kembali kepada Premier Sarawak semasa pertemuan kami pagi tadi," jelas Datuk Seri Amran.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri,Fenny Nuli.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap