Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Ribut landa tiga daerah di Perak, dua PPS dibuka

2025-04-14 IDOPRESS

Foto RTM

IPOH,13 April – Beberapa kawasan di tiga daerah di Perak dilanda ribut disertai hujan lebat lewat petang tadi,menyebabkan kerosakan harta benda dan pembukaan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan penduduk terjejas.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,daerah yang terlibat adalah Perak Tengah,Hilir Perak dan Larut Matang Selama.

Di Perak Tengah,lebih 50 rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat ribut yang berlaku sekitar pukul 4.49 petang.

Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Seberang Perak,Kampung Jenderis,Kampung Kepala Pulau,Kampung Pulau Besar,Kampung Gajah dan Kampung Pasir Salak.

Sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi,Teluk Intan pada pukul 7.00 malam bagi menempatkan penduduk yang terkesan.

Di Hilir Perak,enam rumah dilaporkan rosak dan beberapa kejadian pokok tumbang turut berlaku akibat ribut tersebut.

Manakala di Larut Matang Selama,PPS Dewan Orang Ramai Taman Kaya dibuka untuk menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Kawasan terjejas termasuk Taman Pengkalan Cemerlang,Taman Medan Pengkalan,Taman Damai,Pengkalan Air,Kampung Darus serta Batu 2 ½.

Setakat ini,tiada kecederaan dilaporkan dalam kesemua kejadian,dan pihak berkuasa masih menjalankan penilaian kerosakan di lokasi-lokasi terlibat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap