Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

ASEAN aman & pesat, grid kuasa serantau pacu pelaburan asing- PM

2025-04-14 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan warga Kementerian Kewangan pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Perjumpaan Warga Kementerian Kewangan serta Agensi di Kementerian Kewangan hari ini / BERNAMA

PUTRAJAYA,14 April- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ASEAN merupakan antara rantau paling aman dan mencatat pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.

Jelas beliau,kekuatan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar ASEAN tidak lagi dipandang remeh oleh kuasa-kuasa besar dunia.

"ASEAN ini antara rantau paling aman dan paling memacu ekonomi di dunia. Dengan dua kekuatan ini,tidak mungkin mana-mana negara atau kuasa besar boleh meremehkan atau meminggirkan kekuatan kita," katanya.

Tambah Perdana Menteri,kekuatan domestik setiap negara anggota ASEAN merupakan asas penting untuk memperkukuh kerjasama serantau,khususnya dalam menangani isu-isu global.

Ia juga menjadi landasan bagi merangka pendekatan bersama dari sudut ekonomi bagi mempertahankan kepentingan rantau ini dalam rundingan global.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan bagi bulan April di Putrajaya hari ini.

Datuk Seri Anwar turut memaklumkan inisiatif ASEAN Power Grid (APG) berpotensi menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh integrasi ekonomi serantau,selain menarik lebih banyak pelaburan asing.

Jelas beliau,projek awal antara Petronas dan PetroVietnam akan melibatkan pemasangan kabel dasar laut dari Vietnam ke Kota Bharu,Kelantan,sebelum disambung ke selatan Semenanjung menggunakan grid sedia ada ke Singapura.

Tambahnya,inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang ASEAN untuk menjamin kestabilan tenaga dan memperkukuh hubungan perdagangan rentas sempadan secara lebih efisien.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap