Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Orang ramai diingatkan elak hantaran jelik dan fitnah

2025-04-11 IDOPRESS

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menjawab pertanyaan media ketika hadir ke program Mini Akademi Asas Penerangan (ASAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning di Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang

TAPAH,10 April - Masyarakat terutamanya pempengaruh diingatkan supaya tidak melakukan hantaran bersifat jelik,melampau,fitnah dan berita palsu yang boleh dikenakan tindakan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata,peringatan berkenaan diberikan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April,dengan hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.

"Sejak 11 Februari 2025,pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah berkuatkuasa yang mana pelanggarannya penghantaran kandungan yang bersifat jelik melampau,fitnah,berita palsu atau yang menyentuh buli siber dan perkara lain boleh dikenakan denda sekiranya disabitkan di mahkamah hingga RM500,000 atau dikompaun sebelum ke mahkamah sebanyak RM250,000," kata Fahmi.

Beliau ditemui pada program Sembang Santai Menteri Komunikasi bersama Komuniti Madani DUN N.48 Ayer Kuning di Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang.

Fahmi turut mengesahkan pempengaruh politik yang mencetuskan kontroversi seolah-olah lagu kebangsaan dinyanyikan dalam bahasa Cina oleh murid-murid sebuah sekolah telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah melaksanakan siasatan terhadap individu tersebut.

Sementara itu,Fahmi turut mengingatkan orang ramai menyemak dahulu maklumat yang diperoleh dengan media arus perdana dan tidak terus berkongsi semua maklumat diterima termasuk melalui aplikasi WhatsApp.

“Jangan menjadi penyambung fitnah kepada perkara-perkara yang belum pasti ataupun tidak tentu,tidak ada kepastian sila berhati-hati,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap