Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

PM terima kunjungan Gabenor Guangxi, perkukuh kerjasama strategik

2025-04-11 HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,10 April- Malaysia terus memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama strategik dengan China,khususnya melalui kunjungan hormat Gabenor Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang,Tuan Yang Terutama (TYT) Lan Tianli bersama delegasinya,pagi tadi.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya di Facebook memaklumkan kunjungan tersebut juga mencerminkan hubungan erat terjalin antara kedua-dua negara,dengan Guangxi kekal sebagai rakan wilayah penting Malaysia dalam memacu kerjasama serantau terutama dalam konteks ASEAN.

Beliau berkata China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia untuk tahun ke-16 berturut-turut pada 2024,dengan jumlah dagangan mencecah RM484.12 bilion.

Sebagai pintu masuk utama China ke ASEAN,Guangxi memainkan peranan signifikan dalam memperkukuh perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara.

Dalam pertemuan tersebut,kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai pelbagai bidang kerjasama termasuk potensi perdagangan dua hala di peringkat ASEAN serta pengukuhan kerjasama dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital.

Turut dibincangkan ialah kemajuan dalam pelaksanaan Inisiatif Dua Negara,Taman Berkembar,yang melibatkan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP).

Dalam pada itu,Perdana Menteri menerusi Facebook rasminya turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk menerima kunjungan rasmi Presiden China,Xi Jinping,yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 17 April depan.

Malaysia dan China komited untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik ke tahap yang lebih matang dan bersedia menghadapi apa jua cabaran serta perkembangan global pada masa akan datang.

Sementara itu,Datuk Seri Anwar Ibrahim,turut menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya di New Zealand,Christopher Luxon.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk isu tarif perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan kesannya terhadap rantau ini.

Datuk Seri Anwar menegaskan pendirian Malaysia dan ASEAN yang mengutamakan rundingan serta semangat kesepaduan dalam mencari penyelesaian yang adil dan seimbang.

Beliau turut menekankan keperluan ASEAN memperkukuh kesepakatan serantau agar langkah susulan dapat diselaras secara tuntas dan berkesan.

Dalam perbualan itu,Perdana Menteri turut memaklumkan mengenai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN yang sedang berlangsung di Malaysia,bagi meneliti isu tersebut dan merangka pendekatan kolektif terbaik.

Jelasnya,Malaysia komited untuk terus memperkukuh kerjasama dengan New Zealand,bukan sahaja secara dua hala tetapi juga dalam kerangka ASEAN.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap