2025-04-10 IDOPRESS
FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 April- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaik pulih infrastruktur awam yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights,Subang Jaya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan KPKT,Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk menjalankan gotong-royong pembersihan di kawasan terjejas,yang dijadualkan pada hujung minggu ini.
Selain itu,KPKT turut memberi fokus utama kepada usaha pemulihan dan pembinaan semula rumah-rumah yang terjejas dalam insiden kebakaran tersebut.
"KPKT pada minggu lepas telah menubuhkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada semua agensi di bawah kementerian,termasuk agensi pelaksana seperti Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan PR1MA.
"Pasukan ini telah menyiapkan pelan tindakan untuk membaik pulih dan membina semula rumah mangsa terjejas,sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas kenyataan itu.
Pelan tindakan tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri hari ini untuk tindakan lanjut.
Kebakaran yang berlaku pada 1 April lalu melibatkan saluran gas Petronas,yang menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencapai 1,000 darjah Celsius.
Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas hampir lapan jam operasi pemadaman.
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21