Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

NS Seven Wonders 2.0 tawar 5 lokasi baharu, sasar 10,000 peserta lagi

2025-04-10 IDOPRESS

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun

JELEBU,9 April- Edisi kedua Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2.0: Road to HSN 2025 bakal menampilkan lima lokasi baharu sebagai tarikan utama kepada peminat aktiviti sukan rekreasi dan penggemar alam semula jadi.

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,kejayaan penganjuran edisi pertama tahun lalu yang mencatat lebih 10,000 penyertaan menjadi pemangkin kepada penganjuran siri kali ini.

“Program ini adalah antara usaha kita untuk memupuk budaya hidup aktif,sihat dan sejahtera dalam kalangan rakyat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bilik Gerakan,Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.

Beliau turut mengumumkan lokasi-lokasi baharu yang akan diperkenalkan bagi edisi kali ini .

Antaranya,Bukit Bosar Bayai,Jempol pada 19 April,Gunung Berembun,Seremban pada 10 Mei dan Bukit Ramunia,Gemencheh pada 15 Jun.

"Lima lokasi adalah destinasi baharu manakala dua lokasi ikonik kita kekalkan bagi beri keseimbangan antara nilai tarikan semula jadi dan elemen sejarah setempat,” jelas Aminuddin.

Sementara itu,Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri,Datuk Mustapha Nagoor berkata,setiap lokasi menyasarkan penyertaan seramai 1,500 peserta,menjadikan jumlah keseluruhan dijangka menghampiri angka edisi lalu.

Program tersebut menampilkan elemen sukan rekreasi berasaskan alam semula jadi seperti aktiviti mendaki dan larian denai,dan akan berlangsung selama tujuh bulan di tujuh daerah di seluruh Negeri Sembilan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap