2025-04-09 HaiPress
Sesi penyerahan motosikal kepada penduduk terjejas di Putra Heights
SUBANG JAYA,8 April- Sebanyak 55 unit motosikal Yamaha Ego Avantis 125 diserah Kementerian Pengangkutan (MOT) kepada penduduk terjejas akibat insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights.
Menteri Pangangkutan,Anthony Loke berkata,ia bertujuan membantu penduduk dalam kelangsungan hidup dan urusan harian.
"Saya berasa ini sudah tentu amat membantu mereka,kerana motosikal ini bukan saja sebagai mode pengangkutan kepada mereka,tetapi ada mungkin kalangan mereka juga memerlukan motosikal untuk mencari nafkah hidup mereka.
"Jadi ini sudah tentu akan membantu kehidupan mereka dan ini sudah tentu merupakan satu lagi cara untuk kita membantu untuk mereka mengembalikan kehidupan biasa secepat mungkin",katanya kepada pemberita selepas penyerahan motosikaldi Putra Heights di sini.
Sumbangan tersebut ditaja sepenuhnya syarikat Spanco Sdn. Bhd. menerusi pembelian secara terus dengan Yamaha Malaysia.
Loke berkataharga jualan sebenar motosikal yang disumbangkan itu adalah RM5,800 sebuah,namun pihak Yamaha bersetuju memberikan pengurangan harga kepada RM5,000.
Motosikal berkenaan turut didaftarkan secara terus melalui kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan nombor pendaftaran khas 'MADANI'.
Pada masa yang sama JPJ turut menyumbang topi keledar percuma kepada semua penerima.
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21
04-21