Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Warga emas maut, tiga OKU cedera dalam kebakaran rumah

2025-04-08 IDOPRESS

Foto Ihsan JBPM

MARANG,8 April- Seorang wanita warga emas maut manakala tiga ahli keluarganya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Taman Emas Murni,Marang.

Kebakaran berlaku pada pukul 4.00 pagi tadi meragut nyawa,Razaidah Mohamad,78 tahun.

Ketua Polis Daerah Marang,Superintenden Mohd. Sofian Redzuan yang mengesahkan kejadian berkata tiga lagi ahli keluarga mangsa iaitu anak serta dua cucunya yang juga merupakan OKU mental dan pembelajaran berjaya menyelamatkan diri.

Ketika kejadian,mangsa bersama anak perempuan yang dikenali sebagai Nur Halimahtun Mat Zin,49 tahun yang merupakan OKU mental dan dua cucunya,Nur Aisyah Najwa,23 tahun dan Muhamad Nur Hakim,19 tahun serta Aishah terperangkap di dalam kebakaran rumah tersebut.

Ketiga-tiga mangsa yang cedera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu untuk menerima rawatan.

Sementara itu,Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang,Timbalan Penguasa Bomba Che Badrul Isham Che Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.25 pagi.

15 anggota dari BBP Marang dan Kuala Terengganu mengambil masa 30 minit mengawal kebakaran.

"Mendapati kebakaran rumah bersaiz 30X40 terbakar 60 peratus. Didapati empat mangsa OKU dan tiga mangsa diselamatkan orang awam dan seorang lagi mangsa terperangkap di dalam rumah.

Kita menjalankan operasi pemadaman dan mendapati mangsa berada di bilik belakang," kata Che Badrul kepada pemberita,hari ini.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam sisatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap