Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Misteri penemuan rangka manusia di Kampung Bukit Abal

2025-04-08 HaiPress

Foto Ehsan PDRM

PASIR PUTEH,8 April – Penemuan mengejutkan berlaku semalam apabila tengkorak dan beberapa tulang yang dipercayai milik rangka manusia ditemukan di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal,di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh,Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu kira-kira pukul 3.00 petang melalui petugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.

“Bertindak atas maklumat yang diterima,sepasukan pegawai dari Balai Polis Selising bersama anggota dari IPD Pasir Puteh telah bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan tengkorak serta beberapa tulang yang dipercayai rangka manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata,pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi kejadian bagaimanapun tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

Menurutnya lagi,Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah turut hadir untuk menjalankan siasatan menyeluruh serta pencarian saki-baki rangka di kawasan terbabit bagi melengkapkan siasatan.

Kes itu kini disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sehubungan itu,polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi Ketua Polis Balai Selising,Sarjan Mejar Suhaimi Abdullah di talian 019-242 4434 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di nombor 09-786 7222.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap