2025-03-15 IDOPRESS
Malaysia kini berada di tangga ke-9 dalam ranking kuasa pasport global 2025,menurut laporan Pasport Index yang dikeluarkan hari ini / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,14 Mac – Malaysia kini berada di tangga ke-8 dalam ranking kuasa pasport global 2025,menurut laporan Pasport Index yang dikeluarkan hari ini.
Peningkatan itu membolehkan pemegang pasport Malaysia mendapat akses tanpa visa ke 116 negara,menjadikannya pasport kedua paling berkuasa di rantau ASEAN,selepas Singapura.
Geostrategis,Profesor Dr. Azmi Hassan berpandangan selain faktor ekonomi yang kukuh,kestabilan politik turut memainkan peranan penting dalam penilaian tersebut.
“Kestabilan politik amat penting untuk memastikan rakyat Malaysia yang keluar negara tidak dianggap melarikan diri akibat ketidaktentuan politik. Kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa juga memainkan peranan,terutama dalam memperjuangkan isu global,” katanya ketika dihubungi RTM.
Beliau menambah,rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan pencapaian tersebut kerana ia mencerminkan kedudukan negara di pentas antarabangsa semakin kukuh.
04-01
03-31
03-31
03-26
03-26
03-26
03-25
03-23
03-20
03-20