Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Urus niaga saham MAHB: Pelaburan berbeza dengan strategi tersendiri

2025-02-21 HaiPress

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR,20 Februari – Urus niaga jualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 2023 dan tawaran sukarela semasa merupakan dua bentuk pelaburan berbeza,masing-masing dengan mandat serta strategi tersendiri.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi penetapan harga,aktiviti dagangan dua tahun lalu berlaku dalam konteks pelaburan di pasaran awam.

Sebaliknya,tawaran sukarela semasa adalah bentuk pelaburan baharu dalam pasaran swasta dan bersifat jangka panjang.

“Ini merupakan modus operandi biasa bagi mana-mana pelabur institusi yang sentiasa melihat pelbagai peluang pelaburan bagi mendapatkan pulangan terbaik.Terdapat perbezaan ketara antara pasaran awam dan pasaran swasta,termasuk dari segi mandat,analisis pelaburan,proses 'due diligence',serta tempoh untuk memperoleh keuntungan.

"Kebiasaannya,pelaburan dalam pasaran swasta mengambil masa yang lebih lama kerana melibatkan perubahan menyeluruh dari sudut pengurusan,aset,dan operasi perniagaan,” katanya ketika dihubungi RTM.

Dr. Mohd Afzanizam menjelaskan pembelian saham MAHB pada harga RM11 sesaham akan menyumbang kepada peningkatan nilai pengendali lapangan terbang domestik dan antarabangsa itu.

Apabila disenaraikan semula pada masa hadapan,ia dijangka memberikan premium kepada saham MAHB serta menterjemahkan keuntungan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelabur lain yang terlibat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap