2025-02-21 HaiPress
Foto RTM
JOHOR BAHRU,21 Februari- Taktik sindiket mengubah suai kenderaan bagi tujuan penyimpanan dadah terbongkar selepas polis merampas dadah bernilai RM3.1 juta minggu lalu.
Tiga individu termasuk seorang wanita berumur 33 hingga 46 tahun ditahan menerusi empat serbuan berasingan dijalankan di sekitar Johor Bahru bermula pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam,13 Februari lalu.
Ketua Polis Johor,Datuk M. Kumar berkata sindiket dipercayai aktif sejak Januari lalu turut menjadikan kondominium dan rumah teres sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan di pasaran tempatan.
Jelasnya,hasil intipan serbuan yang dilakukan di tempat letak kereta membuahkan hasil apabila dua suspek telah ditahan hasil pemeriksaan di kenderaan tersebut.
“Kereta tersebut telah telah diubahsuai dan satu ruang telah diwujudkan dekat speaker board di bawah itu menempatkan dadah yang disembunyikan. Lebih 4.12 kilogram dadah telah dirampas daripada kereta tersebut",katanya di sini.
Turut disita wang tunai berjumlah RM46,540 pelbagai jenis barang kemas dan sebuah kenderaan.
Suspek direman sehingga 27 Februari bagi siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21