Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Pindaan Akta 522 dijangka siap tahun ini- Mohamad Sabu

2025-02-19 HaiPress

Foto BERNAMA

SHAH ALAM,18 Februari- Pindaan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dijangka siap tahun ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,pindaan itu akan disegerakan bagi memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap isu bekalan beras tempatan.

"Kita akan membuat pindaan akta termasuk cadangan daripada MyCC (Suruhanjaya Persaingan Malaysia) yang telah melakukan penyelidikan.

"Dari situ,kita akan membuat perubahan-perubahan dan sekarang kita akan fokus pada enam bulan pertama. Enam bulan kedua nanti,kita akan bincang lagi tentang soal pemantauan campuran beras dan

"Kita juga akan menubuhkan pasukan yang anggotanya seramai 1,200 orang dalam Kementerian Pertanian,yang digabungkan dengan tenaga penguatkuasaan untuk kita mengambil tindakan terhadap sebarang perkara yang dianggap melanggar undang-undang," katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Persekolahan Agrobank 2025 dan Pelepasan anak ikan Tilapia Aqualculture Aspire di sini.

Jelas beliau,Akta 522 itu ketika ini tidak menyenaraikan tindakan mencampurkan beras tempatan dengan import sebagai satu kesalahan.

Sebelum ini,kerajaan bersetuju meminda akta itu bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengilang,pemborong dan peruncit.

Ketika ini,akta berkenaan hanya menyenaraikan tujuh jenis kesalahan,termasuk menyorok beras,menjual beras tanpa lesen,serta menjualnya melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap