Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Tadbir urus cekap, kunci penambahbaikan CPI

2025-02-18 HaiPress

President Transparency International Malaysia (TIM),Dr. Muhammad Mohan

KUALA LUMPUR,17 Februari- Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tidak hanya mengukur persepsi rasuah semata-mata tetapi mengambil kira faktor lain termasuk kecekapan birokrasi dan sistem pentadbiran kerajaan.

President Transparency International Malaysia (TIM),Dr. Muhammad Mohan menjelaskan indeks tersebut membuat penilaian dalam skop yang lebih luas mengenai tadbir urus keseluruhan negara.

Beliau berpandangan bahawa amat penting untuk memperkukuh tadbir urus dan memantapkan pentabiran bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus.

Usaha itu seterusnya,mengelak gejala rasuah daripada berleluasa.

"Sebenarnya bila kita kaji balik dalam tinjauan yang dibuat ini,ia merangkumi banyak lagi isu. Walaupun rasuah menjadi perkara utama,tetapi apa yang menyebabkan rasuah.

Seperti Tan Sri menyatakan tadi,bahawa dari segi kecekapan di petugas barisan hadapan ini ini dan sebagainya. Contohnya,pelawat atau pelabur yang datang kemudian membuat urusan dengan agensi-agensi ini. Jika permohonan mereka dilambatkan sangat,apa yang mereka akan cari? Jalan.

Mungkin dalam polisi mereka tidak membenarkan tetapi mungkin mereka akan cari ruang pihak ketiga,menggunakan "runner" dan sebagainya untuk menyelesaikan isu ini melalui rasuah dan sebagainya," kata Dr. Muhammad.

Beliau berkata demikian menerusi rancangan Bicara Naratif: Reformasi Perkhidmatan Awam dan Kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Angkasapuri Kota Media.

Dr Muhammad Mohan berpandangan bahawa tindakan menempatkan pegawai SPRM di agensi-agensi kerajaan merupakan satu tindakan tepat untuk meminimumkan risiko rasuah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap