2025-02-17 IDOPRESS
Majlis Penyerahan Bantuan Tunas Makmur 2025 berupa barang persekolahan kepada 67 murid orang asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mas,Sungai Lembing
KUANTAN,16 Februari- Kerajaan negeri Pahang menyeru agar lebih banyak pihak berkepentingan,termasuk agensi kerajaan dan swasta,turun menjejaki perkampungan orang asli untuk meningkatkan kerjasama dan memastikan komuniti itu berada di laluan yang tepat untuk pembangunan.
Ahli Parlimen Paya Besar DatukMohd ShaharAbdullah berkata,usaha itu bagi memantapkan mutu pendidikan serta mengenal pasti potensi besar dalam kalangan orang asli,yang boleh dimanfaatkan melalui pembangunan industri dan produk pelancongan.
"Kita dapat lihat keadaan semasa dengan turun sendiri ke lapangan selain meningkatkan mutu pendidikan tetapi kita juga dapat melihat suasana dan potensi luas di perkampungan orang asli ini.
"Kita akan membangunkan seperti di Sungai Mas yang mempunyai potensi cukup besar dan produk pelancongan. Sudah pasti ini akan memberi pulangan yang baik bukan sahaja kepada negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Tunas Makmur 2025 berupa barang persekolahan kepada 67 murid orang asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mas,Sungai Lembing,di sini.
Dalam pada itu beliau juga bersetuju menyumbangkan sebanyak RM30,000 untuk naik taraf kemudahan di sekolah terbabit.
Selepas majlis penyerahan bantuan kemudian beliau turut menziarahi tiga buah rumah bagi meninjau persiapan anak-anak ke sekolah pada esok.
Menurut Guru Besar SK Sungai Mas Wan Aizaidi Wan Zakaria,sumbangan tersebut akan digunakan untuk tambah baik kemudahan sedia ada bagi meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.
"Sebelum ini sumbangan pembesar suara diterima dari Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM10,000,jadi dengan pembinaan dan penambahbaikan pembesar suara ini kita dapat meningkatkan lagi peratus kehadiran murid orang asli ke sekolah," katanya.
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21