Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Ekonomi Malaysia berkembang, cerminan landskap ekonomi lebih stabil

2025-02-14 IDOPRESS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,14 Februari- Laporan prestasi ekonomi negara yang berkembang sebanyak lima peratus pada suku ke-4 2024 mencerminkan Malaysia berada pada landasan dan landskap ekonomi yang lebih stabil.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM),Dr Bashir Ahmad Shabir Ahmad,berkata,ia didorong pertumbuhan rancak ekonomi domestik sepanjang 2024 yang berupaya menjamin kestabilan dan kebajikan rakyat.

"Kemampuan pelaburan langsung domestik (DDI) itu mengatasi jumlah pelaburan langsung asing (FDI) bagi tempoh 2024,dengan nisbah DDI sekitar 60 peratus berbanding dengan FDI kepada 40 peratus.

"Ini jelas menunjukkan struktur asas ekonomi Malaysia bagi domestik berada pada dalam kedudukan yang lebih stabil,kukuh dan juga teguh," katanya ketika dihubungi RTM.

Dalam pada itu beliau turut menjangkakan pertumbuhan ekonomi kekal stabil dan mampu mencapai kadar lima peratus ke atasuntuk tahun ini walaupun berdepan cabaran ketidaktentuan politik dan ekonomi global.

Kemampuan Malaysia untuk terus bersaing di peringkat global boleh dibuktikan dengan memanfaatkan peluang menjadi tuan rumah ASEAN 2025 dengan baik agar dapat menarik lebih ramai pelabur luar ke negara ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap