2025-02-13 HaiPress
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,13 Februari - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan empat inisiatif utama bagi mengatasi peningkatan beban pesakit di hospital kerajaan.
Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata ini termasuk melalui program penyumberluaran pesakit ke hospital swasta.
Menurut beliau antara langkah diambil adalah pelaksanaan Hospital Kluster dan Hospital Services Outsourcing Program (HSOP) yang bertujuan mengurangkan tempoh menunggu bagi perkhidmatan pembedahan melalui kerjasama awam-swasta.
"Kementerian Kesihatan juga memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk menjalankan diagnosis,dan ini merupakan salah satu kaedah bagi mengurangkan beban pesakit di hospital kerajaan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu,kesesakan di klinik turut dikurangkan melalui perkhidmatan farmasi tambahan (Value Added Service),yang membolehkan pesakit mendapatkan ubat tanpa perlu beratur di kaunter farmasi.
Perkhidmatan Konsultasi Maya juga diperkenalkan bagi membolehkan pesakit mendapatkan nasihat perubatan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke klinik.
Datuk Lukanisman menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Sungai Petani,Dr Mohammed Taufiq Johari,berhubung langkah kerajaan dalam menangani beban hospital kerajaan yang semakin meningkat.
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21