Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

YKN salur bantuan RM300,000 kepada kerajaan Sarawak bantu penduduk terjejas

2025-02-13 HaiPress

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir Sarawak 2025 di Wisma Bapa Malaysia,Kuching

KUCHING,13 Februari- Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyalurkan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada kerajaan Negeri Sarawak bagi membantu penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN,Datuk Seri Nancy Shukri,berkata sumbangan tersebut adalah tanda solidariti serta sokongan kepada kerajaan negeri dan penduduk yang terjejas.

Beliau turut mengakui jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menampung keperluan keseluruhan,namun penyalurannya melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) dapat memastikan pengagihan yang lebih tersusun.

“SDMC tahu apa yang perlu dilakukan walaupun RM300,000 tidak mencukupi,sekurang-kurangnya ia dapat membantu mereka yang memerlukan,khususnya di kawasan yang terjejas seperti Bintulu dan Miri," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir Sarawak 2025 di Wisma Bapa Malaysia,Kuching.

Dalam sidang media sama,beliau turut mengumumkan bantuan serupa akan disalurkan kepada mangsa banjir di Sabah pada minggu hadapan.

YKN turut mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat dan individu prihatin bagi memperkukuh usaha membantu mangsa bencana.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap