Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Tiga syarikat PPKM belum terima lesen operasi - Loke

2025-02-12 IDOPRESS

Foto Hiasan / Bernama

SHAH ALAM,12 Februari – Tiga syarikat baharu yang terlibat dalam pelaksanaan fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) masih belum menerima lesen operasi,sebaliknya hanya diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh dua tahun untuk melengkapkan semua fasiliti yang diperlukan.

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata lesen operasi hanya akan dikeluarkan selepas syarikat-syarikat terbabit memenuhi semua keperluan yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Selepas mereka menyediakan segala kemudahan,pemeriksaan akan dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan melalui JPJ. Jika semua peralatan,mesin serta komponen yang diperlukan telah disediakan,barulah lesen operasi akan dikeluarkan.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi,tiada unsur kontrak diberikan dan kerajaan tidak membayar satu sen pun kepada syarikat ini. Semua pelaburan datang daripada mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Hab Logistik Exio di Elmina,di sini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan bahawa syarikat yang dilantik tidak mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan PPKM serta dikaitkan dengan unsur kronisme.

Menurutnya,sebelum ini perkhidmatan PPKM dimonopoli oleh satu syarikat,menyebabkan syarikat lain tidak berpeluang memperoleh pengalaman dalam bidang tersebut.

Justeru,langkah tersebut diambil bagi meningkatkan persaingan serta membuka lebih banyak peluang kepada syarikat lain untuk terlibat dalam pemeriksaan kenderaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap