Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kompleks sukan baharu Sungai Petani dibina hujung tahun ini

2025-02-12 HaiPress

Dr Mohammed Taufiq Johari (KIRI) menyampaikan hadiah kepada pemenang perlawanan bola sepak berjalan di Amanjaya Arena Sport,Sungai Petani / RTM

SUNGAI PETANI,12 Februari- Sebuah kompleks sukan baharu akan dibina di Sungai Petani,Kedah,tidak lama lagi.


Projek Kerajaan Persekutuan bawah Kementerian Belia dan Sukan,KBS yang menelan kos kira-kira RM10 juta itu akan membolehkan rakyat khususnya golongan muda beriadah dan melaksanakan pelbagai aktiviti sukan.


Ahli Parlimen Sungai Petani,Dr Mohammed Taufiq Johari berkata kompleks sukan baharu itu akan dibina di kawasan Bandar Puteri Jaya yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi.


Ia akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti padang bolasepak menggunakan rumput cow grass; gelanggang serba guna berbumbung merangkumi gelanggang futsal,bola jaring dan sepak takraw; serta trek sintetik.


Katanya,perkara berkaitan status tanah dan laluan keluar masuk ke kompleks sukan baharu telah diselesaikan oleh KBS dan kini Jabatan Kerja Raya,JKR dalam proses menyelesaikan skop akhir pembinaan kompleks sukan tersebut.


Beliau menjangkakan pembinaan kompleks sukan baharu itu akan dapat direalisasikan pada hujung tahun ini.


"Bila saya menang di parlimen Sungai Petani ramai anak muda yang berjumpa dengan saya mengadu apabila mereka hendak bermain sukan itu terpaksa pergi ke tempat yang agak jauh sebab di kawasan parlimen Sungai Petani ini belum ada kompleks sukan yang baik.

"Jadi maka dengan itu hari pertama hingga ke hari ini kita terus bercakap isu Kompleks Sukan Daerah Kuala Muda ini peringkat parlimen dan kementerian dan pada akhirnya Kerajaan Malaysia MADANI pada hari ini mendengar keluhan daripada masyarakat Sungai Petani,akhirnya diluluskan sebuah Kompleks Sukan Daerah Kuala Muda," katanya.


Beliau bercakap kepada RTM selepas menyaksikan perlawanan bola sepak berjalan di Amanjaya Arena Sport,Sungai Petani.


Dalam pada itu,Dr. Mohammed Taufiq berkata,aktiviti bola sepak berjalan wajar dikembangkan ke seluruh pelusuk negeri Kedah.


Ini kerana,sukan tersebut sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk remaja,dewasa dan warga emas dan ia menjadi alat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap