Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Konsep Negara Bangsa, Harmoni Dalam Kepelbagaian fokus Kementerian Perpaduan 2025

2025-02-12 HaiPress

Konsep Negara Bangsa dan tema Harmoni dalam Kepelbagaian menjadi antara fokus utama Kementerian Perpaduan Negara sepanjang tahun 2025 / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR,12 Februari – Konsep Negara Bangsa dan tema Harmoni Dalam Kepelbagaian menjadi antara fokus utama Kementerian Perpaduan Negara sepanjang tahun 2025.

Menterinya,Datuk Aaron Ago Dagang berkata hala tuju itu dirangka melalui pelaksanaan empat ikhtiar utama iaitu Ekosistem Perpaduan,Inisiatif Harmoni MADANI,Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosiobudaya.

"Inisiatif Harmoni MADANI diperkenalkan bagi meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama,budaya dan adat resam,sekali gus memperkukuh hubungan kebersamaan serta keharmonian," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar,Dr Halimah Ali,pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,di sini.

Menurutnya,antara program yang akan dilaksanakan di bawah inisiatif tersebut termasuk Sambutan Keharmonian Sedunia,Sambutan Hari Toleransi Sedunia dan Dialog Harmoni.

Tambah Ago Dagang,kementeriannya juga komited melaksanakan program khusus bagi merapatkan jurang sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tiga objektif utama yang diangkat ialah mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional,membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri serta melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan perpaduan.

Pendekatan tersebut,katanya,selari dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan keharmonian dan kestabilan sosial negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap