2025-02-11 HaiPress
Presiden Turkiye,Recep Tayyip Erdogan menghadiri syarahan umum di PICC Putrajaya hari ini/Foto PMO
PUTRAJAYA,10 Februari - Turkiye menyasarkan untuk meningkatkan jumlah dagangan dua hala dengan Malaysia sehingga USD 10 bilion dalam tempoh terdekat.
Ini sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Presiden Turkiye,Recep Tayyip Erdogan berkata,hubungan perdagangan antara Turkiye dan Malaysia berkembang pesat,dengan jumlah dagangan mencecah USD 5 bilion pada tahun 2024,selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini.
"Kami menyasarkan untuk meningkatkan perdagangan sehingga USD 10 bilion dengan cara yang seimbang.
"Dari teknologi semikonduktor ke automotif,teknologi penerbangan ke simulator awam,kami ingin memperluaskan usaha bersama dalam setiap sektor dan maju ke hadapan bersama Malaysia," katanya selepas menyampaikan syarahan umum di sini,hari ini.
Menurut Erdogan,kerjasama antara kedua-dua negara kini berada pada tahap yang lebih kukuh selepas hubungan diplomatik dinaik taraf daripada "Perkongsian Strategik" pada 2014 kepada "Perkongsian Strategik Komprehensif" pada 2022.
"Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam wawasan global kami. Sesuai dengan hubungan yang erat dan berakar umbi antara rakyat kita,kami mula mengukuhkan kerjasama ini dengan langkah-langkah konkrit," tambahnya.
Presiden Turkiye itu tiba di Malaysia hari ini sempena lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketibaan beliau yang diiringi Wanita Pertama Turkiye Emine,disambut oleh Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21