Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

PM beri sumbangan kepada pesakit strok di Kuantan

2025-02-08 HaiPress

Foto Facebook Datuk Datuk Ahmad Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR,8 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pesakit strok,Noor Saipun di Kampung Batu Hitam,Beserah,Kuantan.

Sumbangan berupa wang tunai dan bakul itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi bagi mengurangkan beban keluarga itu.

Menurut perkongsian Datuk Ahmad Farhan,pertemuan dengan Noor Saipun dan keluarganya bukan sekadar lawatan kerja,ia merupakan pertemuan dengan realiti kehidupan yang penuh ujian.

Beliau berkata tugas tersebut adalah tentang memahami,mendengar dan hadir di saat mereka memerlukan.

"Sebaik melangkah masuk,pandangan saya tertumpu pada tubuh terlantarnya seorang suami dan bapa yang dahulunya teguh mencari rezeki. Kini,akibat strok,beliau bergantung sepenuhnya pada isteri yang setia menjaga tanpa mengeluh.

"Ketika bantuan dihulurkan,isteri Encik Noor mengangguk perlahan,seolah-olah ada beban yang terangkat,walaupun untuk seketika",kata Datuk Ahmad Farhan dalam hantaran menerusi Facebook yang turut dikongsikan Datuk Seri Anwar.

Beliau turut mendoakan agar setiap langkah kecil tersebut menjadi permulaan kepada langkah-langkah besar yang membawa perubahan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap