Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kepengerusian asean, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

2025-02-06 IDOPRESS

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,6 Februari - Objektif Kepengerusian ASEAN,langkah menangani isu geopolitik dan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen,Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanyakan kepada Menteri Luar mengenai objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan,daya tahan dan relevansi ASEAN.

Pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri itu,Mohd Shahar juga ingin tahu bagaimana Malaysia berperanan dalam proses keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN dan inisiatif strategik memperkukuh pembangunan kapasiti negara itu.

Dalam sesi sama,Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) meminta Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri menyatakan langkah kerajaan dalam menangani isu geopolitik dan ketidaktentuan perdagangan dunia,khususnya kemungkinan kenaikan tarif yang akan memberi kesan terhadap eksport Malaysia terutamanya ke Amerika Syarikat.

Selain itu,Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) meminta Menteri Kewangan menjelaskan sejauh mana keberkesanan pendekatan kerajaan memperluaskan program SARA dengan menyalurkan bantuan melalui kad pengenalan untuk 2025,berbanding pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara tunai.

Pada sesi soal jawab pula,Zahir bin Hassan (PH-Wangsa Maju) meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan keberkesanan pelaksanaan Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) sebagai akses pihak ketiga bagi perolehan tenaga khususnya manfaat dari sudut ekonomi.

Turut bertanyakan soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai status terkini pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok.

Persidangan Dewan Rakyat seterusnya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac ini. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap