Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

PM beri sumbangan kepada keluarga mangsa tanah runtuh, di Ajil

2025-01-22 IDOPRESS

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin

HULU TERENGGANU,22 Januari - Keluarga dua beradik yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Apit,Ajil 29 November tahun lalu menerima sumbangan ihsan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan tersebut diserahkan melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin yang menziarahi ibu kedua-dua beradik itu di kediaman sewanya di kampung berkenaan tengah hari tadi.

"Kejadian yang berlaku itu kita ucap takziah kepada keluarga dan Insha- Allah saya mewakili Perdana Menteri dan wakil kami daripada Keadilan Terengganu yang sama-sama dengan saya akan cuba membantu keluarga untuk meringankan bebanan keluarga.

"Sekurang-kurangnya apa-apa keperluan yang perlu dibantu kami akan cuba bantu melalui pejabat kita di Tterengganu," kata Azman. Rombongan itu diketuai Azman kemudianya bergerak terus dari Hulu Terengganu ke Kelantan untuk program seterusnya pada sebelah petang.


Sementara itu,Ruziah Fuad yang juga peniaga kuih kecil-kecilan bersyukur kerana bantuan diterima pelbagai pihak dan terbaharu kunjungan ziarah daripada wakil Perdana Menteri di kediaman yang disewanya ini dengan bantuan pihak Majlis Agama Islam dan Adat


"Akak berharap sangat nak ada tanah nak ada rumah sendirim walau kecil pun. Janji akak dapat lindung anak-anak. Itulah impian


Kejadian menimpa kedua beradik itu berlaku sekitar pukul 4.30 petang pada Jumaat 29 November lalu apabila tanah di bukit belakang rumah mereka runtuh dan menimbus bilik ketiga.

Manakala abang mangsa Uzair Azman,17 tahun dikatakan pengsan ketika cuba menyelamatkan kedua-dua adiknya dan turut tertimbus di bawah runtuhan dinding konkrit di ruang tamu rumah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap