2025-01-22 HaiPress
Foto RTM
SUNGAI PETANI,22 Januari- Kira-kira 1,200 pelajar di Kedah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 terpilih menerima sumbangan tablet pendidikan bagi meningkatkan pencapaian dalam akademik.
Tablet pendidikan tersebut disumbangkan oleh Yayasan Hasanah bersama Unit Pantau Madani,Kementerian Kewangan serta Universiti Sains Malaysia (USM) dan syarikat telekomunikasi,CelcomDigi.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,Ismail Othman berkata pihaknya sangat menghargai usaha dan sokongan daripada CelcomDigi dalam menyediakan 1,200 tablet Pendidikan dan 1,200 kad sim tanpa had selama 13 bulan untuk 1,200 pelajar di Kedah.
Mereka merupakan sebahagian daripada 10,000 pelajar terpilih dari seluruh Malaysia melalui sumbangan dana yang diberikan oleh Yayasan Hasanah berjumlah RM17,440,000.00 kepada pihak USM sebagai pelaksana program.
Beliau berkata,tablet Pendidikan yang disumbangkan adalah sebagai alat sokongan untuk meningkatkan pencapaian akademik yang lebih baik dan penting untuk para pendidik menggunakan teknologi ini dengan bijak dan mengajarkan pelajar untuk memanfaatkannya secara maksimum.
Katanya,para pendidik perlu mengajar pelajar untuk berfikir secara kritis dan berinovasi supaya mereka dapat menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah dan tidak hanya sebagai alat pembelajaran pasif.
“Pendekatan teknologi terkini melalui penggunaan tablet pendidikan adalah alat yang sangat hebat,tetapi hanya memberi impak positif jika ianya dimanfaatkan dengan betul oleh pelajar dan pendidik.
"Ia bukan sahaja sebagai alat sokongan untuk meningkatkan pencapaian akademik semata-mata,tetapi ianya juga akan menjadi sumber inspirasi kepada murid-murid Kedah calon SPM 2025 untuk berusaha dengan lebih gigih dan tidak berputus asa dalam mencapai matlamat mereka,"katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran dan Penyerahan Tablet Pendidikan Peringkat Negeri Kedah sempena Program Anak Kita Tuisyen SPM 2025 (USM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal di sini hari ini.
Program dirasmikan Perunding program tersebut,Syed Yusof Syed Kechik.
Jelas Ismail,program tersebut merupakan satu inisiatif mengatasi masalah keciciran murid yang amat penting dalam usaha memastikan anak-anak bangsa khususnya pelajar-pelajar yang berpotensi berjaya dalam peperiksaan SPM 2025 yang akan datang.
Program itu juga merupakan satu langkah strategik dan berinovatif untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan tambahan terutamanya dalam menghadapi peperiksaan yang sangat penting dalam hidup mereka.
Katanya,inisiatif barisan kepimpinan Yayasan Hasanah bersama Unit Pemantau Madani serta USM dan CelcomDigi telah melakukan kepimpinan yang luar biasa dalam memastikan pendidikan di Negeri Kedah terus berkembang dengan pesat.
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22