Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

YAYSH taja 56 anak yatim dan asnaf, berkhatan

2025-01-21 IDOPRESS

Foto RTM

ALOR SETAR,21 Januari - Cuti persekolahan selama sebulan bermula sejak beberapa hari lalu memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengkhatankan anak-anak masing.


Bagi mereka yang kurang bernasib termasuk anak yatim pastinya turut tidak dilupakan.


Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) mengambil inisiatif untuk menaja 56 anak-anak yatim dan asnaf berkhatan secara percuma.


Che Puan Besar Kedah Tuanku Hajah Haminah Hamidun bertitah,kesemua anak-anak yatim dan asnaf berusia seawal tiga tahun hingga 13 tahun itu dipilih dari enam daerah di Kedah.


Ia melibatkan sembilan peserta dari Daerah Kota Setar,12 dari Kubang Pasu,10 dari Pokok Sena,tujuh Daerah Yan,10 Pendang dan bakinya dari Daerah Padang Terap.


Titahnya,acara tahunan itu bertujuan meringankan beban ahli keluarga dan waris yang menjaga anak-anak yatim dan asnaf terlibat.


"Alhamdulillah ini rezeki anak-anak yatim untuk tahun ini. Mereka seronok,teruja,biasala budak-budak mereka tak biasa dapat sebelum ini..saya seronok rasa," titah Tuanku Hajah Haminah kepada RTM selepas Majlis Pengurniaan Berkhatan dan Sumbangan Persekolahan Tahun 2025 di Wisma Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah,di sini.


Selain berkhatan secara percuma,kesemua anak-anak yatim dan asnaf berkenaan turut menerima sumbangan wang tunai,barangan kelengkapan sekolah dan hamper.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap