2025-01-21 HaiPress
Foto Bernama
DAVOS,21 Januari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Davos untuk lawatan kerja tiga hari sempena Forum Ekonomi Global (WEF) 2025. Beliau tiba pukul 9.00 malam waktu tempatan disambut deligasi Malaysia.
Terdahulu pesawat khas yang membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich pukul 6.24 petang waktu tempatan. Beliau disambut Wakil Tetap Malaysia ke PBB Geneva Datuk Nadzirah Osman.
Perdana Menteri diiringiMenteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Lawatan kerja ke Davos itu merupakan penyertaan kali pertama Anwar ke WEF selepas menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Berperanan sebagai pengerusi ASEAN 2025,Perdana Menteri dijangka mengetengahkan suara kolektif ASEAN pada Sidang Kemuncak Tahunan WEF kali ini.
Anwar dijadual menerajui sesi taklimat dengan media antarabangsa yang bertemakan "Unlocking ASEAN's Digital Future: Driving Inclusive Growth and Global Competitiveness,”.
Ia memberi tumpuan terhadap Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dan peluang dalam transformasi digital.
Beliau juga akan menyampaikan ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi : Pleno ASEAN yang bertajuk 'Even Stronger Together.'
Ia bakal mengetengahkan keutamaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia bagi 2025 dan peranan penting ASEAN dalam membentuk landskap ekonomi global.
Perdana Menteri juga akan mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama-sama pemimpin negara dan syarikat terkemu bagi memperkukuh kerjasama berkepentingan bersama.
Ini termasuk mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Libya dan Netherlands serta perbincangan bersama-sama pemimpin perniagaan antaranya AstraZeneca,DP World,Medtronic,Nestlé dan Google.
Beliau juga menerima kunjungan hormat Pengasas WEF dan Pengerusi Lembaga Amanah,Klaus Schwab.
Bertemakan "Collaboration for the Intelligent Age" Mesyuarat Tahunan WEF 2025 bermula hari ini hingga 24 Januari. Ia memberi tumpuan kepada peranan teknologi baharu dan inovasi dalam menangani cabaran ekonomi global.
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22