Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Niaga hadapan emas dijangka kekal disokong minggu depan

2025-01-20 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,18 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal disokong dengan baik walaupun dasar Donald Trump yang tidak menentu,kata seorang penganalisis.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen pasaran yang cenderung membuat unjuran kini bersiap sedia untuk mengesan inflasi daripada dasar Trump yang akan datang,berbanding dengan paras inflasi yang sudah tinggi.

Beliau berkata,buat masa ini,emas nampaknya disokong dengan baik pada waktu ketidaktentuan dasar Trump dan potensinya untuk mengganggu pasaran global.

"Saya menjangkakan emas akan menarik pembeli apabila harga turun ke paras AS$2,685 dengan paras rintangan dijangka berada sekitar AS$2,735 pada minggu hadapan.

"Bagaimanapun,risiko yang lebih besar nampaknya cenderung ke arah kenaikan kerana ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi boleh meningkatkan permintaan untuk aset selamat," kata Innes kepada Bernama.

Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat,kontrak bulan semerta Januari 2025 ditutup lebih tinggi kepada AS$2,702.70 setiap auns troy,naik daripada AS$2,692.70 setiap auns troy minggu sebelumnya.

Sementara itu,kontrak Februari 2025 meningkat kepada AS$2,711.20 setiap auns troy daripada AS$2,703.10 setiap auns troy.

Kontrak Mac,April dan Jun 2025 semuanya ditutup lebih tinggi kepada AS$2,719.30 setiap auns troy daripada AS$2,707.30 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan merosot kepada 40 lot daripada 83 lot minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 78 kontrak daripada 56 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 16 Januari,2025,harga emas fizikal berada pada US$2,716.50 setiap auns troy. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap