Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

2025-01-14 HaiPress

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,14 Januari - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM25.04 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.97 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menjalankan satu tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM1.5 bilion untuk sehari.

Selain itu,BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.3 bilion dan RM24.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap