Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Malaysia-Singapura bincang eksport tenaga Sarawak ke Singapura

2025-01-08 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama rakan sejawatnya dari Singapura,Lawrence Wong mengadakan sidang media bersama di Perdana Putra / Foto Bernama

PUTRAJAYA,7 Januari – Cadangan Sarawak untuk mengeksport tenaga elektrik ke Singapura menerusi kabel dasar laut menjadi antara agenda utama perbincangan dalam Mesyuarat Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hari ini.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan itu melibatkan beliau bersama rakan sejawatnya dari Singapura,Lawrence Wong,serta Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kami meneliti cadangan Kerajaan Sarawak untuk mengeksport tenaga menggunakan kabel dasar laut melalui Semenanjung Malaysia ke Singapura atau langkah alternatif lain yang memerlukan kerjasama jiran serantau.

"Perbincangan turut melibatkan isu wilayah penerbangan yang penting bagi ketersambungan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media bersama Lawrence Wong di Kompleks Perdana Putra,di sini.

Sementara itu,Perdana Menteri Singapura,Lawrence Wong berkata perbincangan mengenai kerjasama tenaga hijau dan kemampanan,termasuk perdagangan elektrik merentas sempadan,menunjukkan perkembangan positif.

“Terdapat beberapa projek yang dibincangkan,termasuk laluan melalui Laos,Thailand,Malaysia,Singapura,serta projek dari Sarawak. Kami komited sepenuhnya untuk merealisasikan grid kuasa ASEAN,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap