2025-01-06 IDOPRESS
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,5 Januari- Momentum pertumbuhan eksport Malaysia diunjur kekal positif,namun sedikit perlahan tahun ini.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,ini mengambil kira landskap geopolitik dan faktor perubahan dasar bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump.
Sebagai langkah strategik katanya,Malaysia boleh memberi lebih tumpuan kepada perdagangan dengan rantau Asia,bagi mengurangkan kesan kepada sektor eksport.
"Memandangkan kita tahu mungkin dasar luar atau perdagangan antarabangsa di Amerika Syarikat bersifat melindung,mungkin strategi terbaik adalah mengalihkan pandangan kepada ekonomi di Asia,mungkin negara dalam keahlian BRICS dan sebagainya supaya kita dapat mengekang sebarang bentuk ancaman ekonomi lebih perlahan daripada negara tersebut," katanya.
Jelasnya,sektor bernilai tinggi seperti tenaga boleh baharu dan semikonduktor berpotensi menjadi peneraju utama eksport tahun ini.
Bagi tempoh Januari hingga November 2024,eksport negara merekodkan peningkatan 4.7 peratus kepada RM1.369 trilion.
Sementara itu,beliau meramalkan,ekonomi negara berkembang kepada 5.1 peratus bagi tahun 2024 dan 4.6 peratus tahun ini.
01-06
01-06
01-06
01-06
01-06
01-06
01-06
01-06
01-06
01-06