Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Cuti hujung minggu Sabtu & Ahad, beri lebih masa bersama keluarga

2025-01-06 IDOPRESS

Orang ramai memanfaatkan cuti hujung minggu Sabtu-Ahad di Johor

JOHOR BAHRU,5 Januari- Penyelarasan cuti hujung minggu di Johor,kepada Sabtu dan Ahad,mendapat reaksi positif daripada penduduk setempat.

Penetapan itu membolehkan mereka meluangkan lebih masa untuk beraktiviti bersama-sama keluarga.

Tinjauan RTM di sekitar Taman Merdeka,Johor Bahru,mendapati cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad yang bermula minggu ini dimanfaatkan untuk beriadah.

"Alhamdulillah,semua telah sedia maklum sekarang ini Johor telah diumumkan cuti Sabtu-Ahad. Saya dapat bersama dengan keluarga,sebab suami saya Jumaat Sabtu,tetapi saya Sabtu-Ahad. Jadi nak ada waktu bersama itu agak susah. Bila ada peluang ini kita manfaatkan cuti untuk bersama dengan ahli keluarga",kata Pustakawan,Universiti Teknologi Malaysia,Nurasyidah Mustazar.

"Sebab kebanyakan Jumaat-Sabtu sebelum ini,tetapi sekarang kakak-kakakkerja kerajaan. Jadi kita boleh luangkan masa Sabtu-Ahad bersama-sama,beriadah dengan famili. Kalau selepas ini,nak cuti lagi senang,sebab sama",kata Peniaga Maisara Mustazar.

"Bekerja sendiri,biasanya akan berlanggar cuti,isteri terpaksa bekerja,tetapi saya cuti,jadi kami terpaksa meluangkan masa satu hari. Sekarang kita boleh luangkan bersama anak-anak",kata Pengusaha syarikat,Khairil Muazam Shah.

"Senang hendak meluangkan masa bersama,sebab bila dia kerja,saya cuti. Tetapi bila dia cuti saya kerja. kami tidak dapat nak sama,satu hari sahaja kalau nak pergi bercuti pun susah. Kalau nak adil,dia perlu ambil cuti Jumaat dan saya Ahad",ujar Pembantu Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara,Nursufina Abdullah.

Pada 7 Oktober tahun lalu,Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail bertitah agar cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kembali kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari tahun ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap